Takziah buat sahabatku, Aisyah.. di atas pemergian ayahandanya Isnin lalu. maaf kerana tidak dapat hadir menziarah sbb baru mendapat tahu berita tersebut tatkala meneliti blog kak aisyah..
pasti sedih.. namun itulah takdir ALlah.. setiap yg hidup pasti akan mati.. semoga kak aisyah terus tabah menghadapi hidup.. aku pasti seriau bila ayah sahabatku kehilangan bapa..kerana aku tidak pasti bagaimana aku di tempatnya.. semua orang pasti akan pergi.. Ya ALLah kuatkan iman aku.. ameen.. AL Fatihah..
Buat Kak Aisyah,
"Tatapilah wajah ayahmu buat kali terakhir, moga ianya menjadi pengubat rindumu sepanjang hayat, iringi pemergiannya dengan sekalung doa yang ikhlas, moga doamu menjadi bekalnya bertemu Rabbi Ilahi,tabahkan hatimu pasrah pada ketentuan Tuhan, setiap yang hidup pasti akan mati,yang mati akan terus pergi yang hidup perlu teruskn kehidupan.. syukur pada Allah kau dapat merasai kasih seorang bapa, sedang Nabi mulia lahir tanpa kenal kasih bapanya, kasih ibubapa kasih sementara kasih Allah pada hambaNya tiada tandingannya. moga Allah memberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan.."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment